Weblog

Friday, 18 July 2008

Tuesday, 15 July 2008

  • aku dan dirimu

    Tiba saatnya kita, saling bicara,
    tentang perasaan yang, kian menyiksa,
    tentang rindu yang menggebu,
    tentang cinta yang tak terungkap.

    Sudah terlalu lama, kita berdiam,
    tenggelam dalam gelisah, yang tak teredam,
    meme-nuhi, mimpi-mimpi, malam kita.

    [Reff:]
    Duhai cinta ku, sayang ku, lepaskanlah,
    perasaan mu, rindu mu, s’luruh cinta mu,
    dan kini hanya, ada aku, dan diri mu,
    sesaat, di keabadian.

    Jika sang waktu bisa, kita hentikan,
    oh, dan s’gala mimpi-mimpi jadi kenyataan,
    meleburkan semua batas,
    antara kau dan aku,
    kita…

    [Reff]

    [Interlude]

    Duhai cinta ku, sayang ku, lepaskanlah,
    perasaan mu, rindu mu, s’luruh cinta mu,

    balik dgn selamat ok..i miss u

Monday, 07 July 2008

  • i am not perfect

    first love is always hard to forget
    i know that i'm no better than him
    i hope that i can replace him in your life
    even though i might not having all the qualities he has
    the love he gave
    but at least i have the same face! LOL

Thursday, 03 July 2008

Tuesday, 01 July 2008

  • Humanism-hikmah yang hilang

    Petang tadi sewaktu ingin meangkat barang dari rumah seorang senior ke rumah saya, saya dikejutkan dengan insiden di langgar dari belakang. Memang terkejut. Sedang kami menyanyi beramai-ramai dalam kereta untuk mengisi kebosanan tersangkut di dalam jam, kami tersentak dan terkaku sebentar.

    Jalan memang sibuk dan kereta yang banyak. Saya memperlahankan kereta apabila Nampak ada orang mahu melintas. Tak semena-mena dilanggar dari belakang. Dari bunyi perlanggaran agak kuat, saya kira boot kereta saya sudah remuk (noted, ini adalah kereta kancil). Dalam keadaan terkejut, saya memperlahankan kereta ke tepi. Tiba-tiba, si pelanggar tadi meluncur kehadapan dan terus beredar. Saya terus melajukan kereta dan mengejarnya. Tiba dihadapan selepas simpang, dia memperlahankan kereta lalu berhenti. Sangka saya, dia akan menerpa kea rah saya untuk memastikan saya tidak apa-apa. Terus sahaja dia kehadapan kereta dan melihat kesan remukan. Saya terkesima sebentar, terkeliru adakah saya yang bersalah.

    Saya keluar dari kereta tanpa terlebih dahulu melihat belakang kereta saya. Saya menepuk bahu sipelanggar tadi dan bertanya adakah beliau ok. Tanpa melihat pada saya, dia terus-menerus membelek kesan remukan di keretanya. Jauh sekali ingin memohon maaf.

    Alhamdulillah kereta saya Cuma calar sedikit sahaja.

    Apa yang menyedihkan saya ialah sikap kita yang sudah lupa bahawa MANUSIA adalah ASET TERPENTING. Maka apabila wang dan materialistik sahaja dikepala.

    Seorang penunggang motorsikal akan melihat motornya dahulu apabila kemalangan barulah dia sedar kakinya sudah patah!

    Seorang kontraktor rumah akan membuat rumah ala kadar untuk memperoleh keuntungan maksimum.

    Tidak terfikir untuk membanyakkan taman dan sebagainya.

    Sedikit sekali taman di pulau pinang. Rumah-rumah pangsa dibina ramai sekali tanpa sebarang taman. Sesak!

    Mengapakah tiada soal humanism di sini?

    Ini bukan masalah agama. Ini masalah etika dan sikap yang universal.

    Masjid-masjid semakin kosong. Ulama-ulama berbicara soal fiqh dan akidah yang hambar dan lesu cetakan dari buku.

    Yang lain pula ligat berpolitik, kerana bersangka dengan Negara dan undang-undang sahaja bisa mengubah dan mengawal semua orang.

    Ustaz-ustaz muda rajin menterjermah buku bulat-bulat tanpa ada usaha untuk menulis pendapatnya dahulu baru disertakan dengan dalil-dalil dan  hujah dari buku yang dibacanya.

    Pelajar pula ligat ke usrah tetapi sikapnya masih sama seperti dulu. Duduk di belakang sewaktu kuliah, malu dan takut untuk memegang persatuan, panas baran, membuang masa, memandu kereta laju. Maka tarbiyah apa yang mereka dapat sewaktu berusrah? Apakah ertinya berjemaah apabila perubahan sikap tiada dan tiada istiqamah dalam beramal?

    Seorang doctor ingin lepas tangan sewaktu gagal atau cuai merawat pesakit.

    Orang yang melanggar lari selepas kejadian.

    ini sekadar yang dilihat dari kacamata saya.

    Aset perubahan

    aset terpenting ialah pelajar dalam menjadi agen perubahan dalam masyarakat. maka menyedihkan apabila rakan-rakan yang berusrah masih dengan sikap orang melayu islam yang lain. saya percaya dalam agenda perubahan dalam masyarakat, seorang ahli gerakan islam ada sikap mahu menggalas tanggungjawab seperti seorang rasul. namun begitu, walaupun bercakap soal tarbiyah dan pengisian, kita terlupa bahawa kekuatan tarbiyah itu sebenarnya adalah untuk perubahan sikap kita dan memperbetulkan budaya kita yang silap.

    adakah tarbiyah kita sudah cukup untuk membuatkan orang melayu berfikir untuk tidak makan gaji apabila sudah grad dari belajar?

    adakah tarbiyah kita menyebabkan ahli gerakan islam mahu membiayai sekolah-sekolah agama yang selalunya diletakkan pada pundak ahli politik?

    apakah tarbiyah kita mampu melahirkan seorang ahli gerakan yang bersikap seperti seorang ahli perniagaan yang menghargai masa dan tepat masa dan tersusun dalam perancangan?

    adakah tarbiyah kita sudah berjaya melahirkan ahli yang tidak segan silu berbeza pendapat dan berbahasa inggeris?

    bukankah semua sifat buruk yang di atas antara contoh kelemahan dalam budaya orang melayu?

    disebabkan orang-orang yang baik dalam gerakan islam tidak mahu menjadi kaya dan tidak mahu berdisiplin, orang-orang menguasai kekayaan hari ini ialah orang-orang yang tiada humanism! semuanya materialistik dan kaku.


    Saya sedih malam ini sambil mengurut bahu yang sakit, keseorangan di rumah...

    berfikir dan berazam untuk berubah.. muslim first then malay

Top Tags - Weblog

[no tags]

acabeire

  • Visit acabeire's Xanga Site
    • Member Since: 6/16/2008

Weblog Archives

Don't worry - your calendar is here… to see it in action just click "Save" above and refresh the page.

About Me

[no info]

Blogrings

[no blogrings]

Pulse

acabeire has no pulse!...

Photostrip

[no photos]

Recommended

[no recommendations]